Kembali Berjumpa Setelah Sekian Lama Menghilang













Siapakah kawan

Kawan ialah orang yang boleh anda harapkan seperti:

• Menemani anda semasa anda keseorangan
• Boleh berkongsi minat dan pengalaman bersama anda
• Sedia membantu agar anda merasa senang dan terhibur
• Bersama menemani anda bergembira di majlis keramaian
• Menemani anda untuk aktiviti sosial seperti makan
• Bersedia memberi anda pengetahuan atau peristiwa
• Bersedia membantu anda bila masa sahaja yang diperlukan

Bagaimana cara saya hendak memulakan persahabatan?

• Mulakan perkenalan dan cuba kenali mereka
• Tegur dan beri salam serta perkenalkan diri anda
• Bertanyakan tentang diri mereka (Contoh: datang dari mana)
• Dengar penjelasan mereka dengan penuh minat
• Cuba cari sesuatu topik biasa untuk dibualkan

Jika kita menunjukkan minat untuk mendekati seseorang, mereka akan rasa diperlukan.
Walau bagaimanapun elakkan meminta informasi yang mungkin agak personal yang mereka enggan beritahu anda.
Hormati keputusan atau tindakan mereka yang enggan memberitahu anda mengenai sesuatu perkara. Jangan memaksa.

Apakah halangan dalam menjalinkan persahabatan?

• Memanggil / memberi gelaran nama yang negatif
• Suka bertekak dan cepat memberi kata putus
• Tidak bersetuju dengan pendapat orang lain
• Berlagak dan sentiasa mengarah
• Bercerita tentang diri sendiri sahaja
• Suka mengumpat dan bercerita tentang keburukan orang lain
• Bersikap negatif dan suka menyindir
• Kedekut
• Suka menunjuk-nunjuk dan bercakap besar
• Suka buli orang dan memaksa orang lain melakukan sesuatu
• Bercakap bohong atau penipu

Apa akan terjadi jika saya tidak berkawan?

• Anda akan merasa keseorangan dan kesunyian
• Kurang mendapat bantuan semasa anda memerlukannya
• Kurang mendapat sokongan emosi semasa ketiadaan ibu bapa
• Kurang atau tiada kawan untuk menemani anda untuk bermain

Apa yang perlu saya lakukan jika saya disisihkan oleh kawan?

Kadang-kadang orang tidak berminat untuk berkawan dengan anda. Mereka akan memberitahu anda secara lembut atau kasar. Tidak mengapa walaupun anda rasa tersinggung,sedih atau marah.

Cara untuk mengatasi masalah tersebut:

1. Cuba fikirkan apa yang perlu anda lakukan untuk anda mendekatinya
2. Jika dia susah menerima awak kawannya, pastikan  tidak bermusuh

Berkatalah pada diri anda sendiri:

"Walaupun saya tidak suka disisihkan oleh kawan, saya dapat mengatasinya."

Di manakah saya boleh mendapatkan kawan?

• Sekolah
• Jiran tetangga
• Balai Rakyat
• Kelab sukan
• Pusat membeli belah
• Tempat-tempat ibadat (seperti - masjid, gereja, kuil)
• Berkhemah
• Taman Rekreasi
• Perhimpunan sosial - contoh: rumah terbuka, majlis jamuan, jogathon
• Internet - melalui "chat" atau email
• Pada dasarnya di mana sahaja

Apa persediaan diri yang diperlukan sebelum saya menjalinkan
persahabatan?

Anda mungkin memikirkan mengenai:

• Bagaimanakah kawan yang saya inginkan?
• Di manakah boleh saya bertemu mereka?
• Apa yang akan saya bualkan dengan mereka?
• Apa yang perlu saya lakukan supaya mereka menjadi kawan saya?

Saya pemalu, Tidak suka mulakan perkenalan. Apa yang harus
saya lakukan?

Ramai orang yang pemalu. Mereka lebih suka ditegur atau disapa terlebih dahulu. Anda masih boleh meneruskan persahabatan secara begini, tetapi anda akan dapat lebih ramai kawan jika anda yang memulakan dahulu perkenalan. Cuba mulakan langkah pertama dan
membiasakannya. Perasaan malu akan berkurangan dan hilang. Jika perlu mintalah bantuan.

Kepada siapakah yang saya boleh minta bantuan?

• Keluarga
• Kawan-kawan
• Guru
• Kaunselor
• Psikologi
• Guru yang mengajar ilmu kebatinan

Saat Yang Paling Indah Bagi  K.A.M.I !
ERM..PERTEMUAN YG SGT AJAIB !! HIK3 .. KAMI BEREMPAT GI TGK WAYANG,KSL,N MKN KFC SAMA-SAMA ... WAHH!! SERONOK SGT ... MASING2 LAIN SGT2 ... SEMUA MAKIN MONTEL ... HUK3

Temoq Linda Zulkifli & Wanie 





…Kami berkawan sejak kecil lagi...










Ketika


K.A.M.I
  
Di 

KSL City
















KFC
 
Kteorg kuar tgk wayang lorh … cter KONGSI … Massyuukk gak cter dyer doe …Erm…Tber2 prot pn berbunyi…tu yg nk gi crie port mkn…Then,wanie yang blnje kteorg mkn KFC..thankz dear….kenyang gler..hak3










 

THANKZ SEBAB SUDI LAWAT BLOG SAYA ! SILA LIKE YE :) !

No comments:

Post a Comment