30 TIPS CARA UNTUK MEMIKAT HATI SEORANG LELAKI






:: Inilah tips-tips nya bg korang yang nk tahu ok ::


TIPS - TIPS UNTUK MEMIKAT HATI SEORANG LELAKI


1.   Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
 
2.     Jujur dan sentiasa merendah diri.

3.     Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

4.     Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

5.     Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

6.     Jangan terlalu mengongkongLelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

7.     Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

8.     Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

9.     Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

10.   Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

11.   Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

12.   Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

13.   Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

14.   Mengetahui bila hari lahirnya.

15.   Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

16.   Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku.

17.   Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

18.   Jangan terlalu bersikap ganas dalam pergaulan.

19.   Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik.

20.   Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

21.   Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

22.   Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

23.   Jangan bersikap terlalu kuno.

24.   Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

25.   Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

26.   Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

27.   Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

28.   Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

29.   Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

30.   Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan. 



    ...Hehehe...nie je tips yg dapat diberikan kepada awak semua...
...SELAMAT MENCUBA YER ... 
...smile always ...

THANKZ SEBAB SUDI LAWAT BLOG SAYA ! SILA LIKE YE :) !

No comments:

Post a Comment